Wednesday, November 17, 2004

cahaya kasihmu 7

“Kalau Fiq tanya,Rya tak marah kan?”soal Taufiq tiba tiba sewaktu mereka menikmati keindahan malam bersama lampu neon kota Irish itu.

“Tanyalah.”angguk Rya.

“Rya masih ingatkan Arzan kan?”serkap Taufiq.

“Kenapa tanya pulak?”ujar Rya tersenyum cantik.

“Jawablah soalan Fiq tu.”pinta Taufiq.Dia lebih serius,langsung tidak senyum.

“Pada pendapat Fiq macamana?”Rya masih mahu bermain tarik tali.

Rya masih sayangkan dia kan.”ujar Taufiq.

“Cinta pertama Fiq.Sesuatu yang sukar untuk dijelaskan dan dilupakan.Kalau Fiq tanya Rya sekarang ni,kenapa Rya masih sayangkan dia walaupun dia melukai hati Rya.Rya tak boleh beri Fiq jawapannya.

Waktu Rya jatuh cinta padanya dulu pun Rya tidak pernah meletakkan syarat hubungan kami akan berkekalan.Dan walaupun kami putus tengah jalan,Rya tak boleh membenci dia Fiq.Tak boleh.Bukan Rya tak cuba,beribu kali Rya cuba menafikannya,tapi jawapannya tetap satu.Rya sayangkan abang Arzan.

Kerana kita tak punya sebab untuk menyintai seseorang.Kalau kita betul betul cintakan dia,takkan ada alasan yang menyebabkan kita menyintainya.Cinta lahir dari hari dan ia takkan bertukar pada kebencian andaikata kita terluka.Cinta itu suci,cuma manusia yang mengkhianatinya.”ujar Rya tenang.Menghirup udara segar. Memori semalam mengamit jiwa.

“Cinta pertama.”ulang Taufiq kembali.Sepi seketika.

“Cerita Rya macam cerita Winter Sonata.Cinta suci yang tak pernah pudar ditelan zaman. Rya macam watak utama heroin tu.Begitu tulus menyintai seseorang hingga menelan diri sendiri.Macam dalam watak tu,heroin jatuh cinta pertama,walaupun temannya dah sepuluh tahun dikatakan mati,tapi cinta tetap membara dalam hati.Cuma bezanya,Rya tak ada lelaki lain.”ujar Taufiq.Mengulas watak dalam cerita Korea yang sedang hangat ditanah air.

“Yoo Jin,tersepit kerana desakan dan keadaan.Tapi Rya berbeza.Kami tak sama.”ujar Rya.

“Bagi Fiq,Rya seakan jelmaan watak tu.Menyintai sepenuh hati walaupun dilukai. Bezanya,Rya dilukai orang yang Rya cintai,sedangkan Yoo Jin dilukai orang yang menyintainya.Dia terpaksa dengan keadaan,ibu bapa dan rakan rakannya.Sedangkan Rya terpaksa dengan hati.Hati Rya masih menyayangi Arzan,tapi kerana desakkan fikiran Rya melarikan diri.”ujar Arzan tenang.

Sebelum berangkat kesini Arzan menemuinya.Merayu agar memberitahu dimana Rya berada.Terpaksa dia berbohong kerana terikat janji dengan Rya.Kesian pula melihat Arzan merayu rayu padanya,namun bila dikenangkan kesedihan Rya dulu dia mendiam kan diri.

“Sudahlah Fiq.Kita ni merapu pulak.Kenapa bincangkan watak cerita,macam pelakon pulak kita ni.”Rya mengukir senyum.

Dia mahu menyembunyikan hatinya.Tidak mahu berbicara sesuatu yang menyakitkan. Dia akui hingga saat ini masih menyintai Arzan. Melupakan cinta pertama bukan semudah memadamkan kenangan lalu.Ia sentiasa subur dalam sanubari.

“Kalau Arzan mahu Rya kembali padanya,Rya akan terima?”soal Taufiq,inginkan kepastiaan dari Rya.

“Kenapa Fiq ni?”soal Rya.

Tertawa kecil.Jarang dia melihat Taufiq seserius begitu.

“Rya jawab Fiq dulu.Ada sebab kenapa Fiq tanyakan semua ni pada Rya.”jawab Taufiq.
Turut tersenyum kecil melihat Rya tertawa.Dia memang tak dapat menahan diri.Bila melihat Rya tertawa,dia akan terasa riang dan tenang.

“Kalau ikut skrip orang bercintakan,Fiq tau ajelah.Macam dalam cerita atau wayang. Mungkin Rya akan terima semula.”jawab Rya selamba,mahu menantikan reaksi Taufiq.

“Rya,Fiq nak jawapan yang jujur,bukan ikut skrip atau wayang gambar.”tingkah Taufiq geram dengan gelagat Rya yang masih mahu bermain main.

“Betul tu Fiq,Kalau jawapan jujur,sejujur jujurnya apa yang mampu Rya berikan akan melukai banyak hati.Terutama papa yang beria ia mahu Rya bersam abang Arzan semula.

Tapi..”tersekat suara Rya.Ada sebak yang bertamu saat itu.

“Terus terang Rya.”pujuk Taufiq.

“Rya takkan terima abang Arzan semula.”Rya bersuara.Itulah hakikatnya,walaupun dia menyintai Arzan sepenuh hati,tapi tak mungkin dia akan menerima Arzan kembali.Tidak sekali kali.

“Tapi kenapa.Tadi Rya sendiri kata Rya menyintai dia.”pelik Taufiq mendengar jawapan itu.

“Menyintai tak semestinya memiliki Fiq.”ujar Rya tenang.Taufiq masih sabar menantikan jawapan dari gadis itu.

“Dulu..Rya pernah terima abang Arzan semula.Tapi hati Rya dilukai.Rya takkan terima abang Arzan lagi dalam hidup Rya.Tidak sekali kali.Walaupun Rya cintakan dia.

Tapi Rya tak mahu.Abang Arzan hanya akan melukakan hati Rya.Cukuplah,selama ini Rya terluka. Rya tak mahu pisang berbuah dua kali.Rya akui masih sayangkan dia.Tapi tak ada ruang lagi untuk dia dalam hati Rya.Sama ada Fiq percaya atau tidak,itulah kenyataannya.Tak mungkin Rya akan terima dia semula.Rya takut untuk kecewa lagi.”Ujar Rya.Air mata mengalir lagi.Dia terluka itulah hakikatnya.

“Fiq minta maaf.Fiq tak patut ungkit pasal ni lagi kan.”ujar Taufiq.Disekanya air mata gadis itu.Dia cuma mahukan kepastiaan dari Rya.Itu saja.

“Tapi kenapa Fiq?”soal Rya.

“Sehari selepas Rya berangkat,Arzan datang menemui Fiq.Dia merayu agar Fiq beritahu dimana Rya.Fiq tak tahu nak buat apa.Bohong pada dia yang Fiq tak tahu.Sebab itulah Fiq nakkan kepastian dari Rya.Gerak hati Fiq kata Rya tak nak jumpa dia lagi.Sebab tu Fiq tak bagi tahu dia.Fiq takut Rya terluka.”terus terang Taufiq bersuara.

“Fiq tahukan.Tak ada orang lain dalam hidup Rya selain Fiq dan ahli keluarga Rya.Fiq seorang sahabat yang baik.Rya gembira punya teman sebaik Fiq.”terharu Rya mendengar pengakuan Taufiq yang berusaha melindunginya.

“Kalau macam tu,Fiq nak minta sesuatu dari Rya boleh tak?”tanya Taufiq.direnungnya gadis itu.Hati simpati melihat Rya.

“Apa dia?”

“Fiq nak Rya lakukannya demi Fiq.Demi persahabatan kita.”perlahan Taufiq menyusun kata.
“Satu aje yang Fiq pinta.”ucap Taufiq.

“Lupakan segalanya.Lupakan Arzan dan kenangan yang pernah Rya dan dia ciptakan bersama.”terkejut Rya mendengar kata kata itu.Ditenungnya wajah Taufiq.Bagai tidak percaya mendengarnya.

“Apa maksud Fiq?”

“Fiq tak mahu Rya terluka.Kelak Rya pasti akan pulang ketanah air.Pasti akan bertemu Arzan semula.Fiq tak mahu Rya jadi lemah bila berhadapan dengan dia.Rya kena kuat. Fiq sayangkan Rya,Fiq tak mahu hidup Rya menderita kerana Arzan.

Cukuplah,Rya.Hentikan. Hentikan semuanya Rya.Selama setahun lapan bulan dan tiga hari.Rya menderita kerana dia.Dah terlalu lama rasanya.Sekarang Rya perlu bina hidup baru.”dia memberikan kata kata semangat.

“Tak boleh Fiq.Tak boleh.Rya tak boleh lupa.Rya cuba lawan.Tapi Rya tak menentu bila Rya cuba lupakan dia.”ujar Rya.Sayu hatinya mendengar kata kata itu.

“Rya..”panggil Taufiq perlahan.

“Rya mesti boleh.Fiq boleh lupakan kekecewaan lalu.Rya pun boleh lakukkannya.Fiq tak rela Rya hidup begini selamanya.Bahagia diluar tapi menderita didalam.Jangan jadi hipokrit Rya.”

“Tak mungkin Fiq…”esakkan Rya semakin menjadi jadi.

“No.Rya mesti lakukannya.Fiq akan sentiasa disisi Rya.Kalau perlu Fiq sanggup berkorban untuk kebahagiaan Rya.”ujar Taufiq.Sedih melihat gadis itu menangis begitu.

“Tapi kenapa Fiq lakukan semua ni?Kenapa Fiq?”soal Rya.

“Sebab Fiq tak nak kawan dengan orang yang kuat menangis.”usik Taufiq.Pipi Rya dicubitnya.suasana sedih berubah ceria sekelipan mata.

“Cinta Rya tetap akan kekal selagi Rya hidup.Tapi tak bererti Rya menaruh harapan pada cinta itu.Mungkin bila bertemu abang Arzan kembali kenangan itu akan bertamu,tapi percayalah Fiq.Tak mungkin Rya akan kembali pada dia.Tak mungkin melainkan dengan kehendak yang Esa.Kalau ikutkan hati,memang Rya takkan terima kembali abang Arzan untuk memusnahkan hidup Rya.Tapi andai takdir mengkehendakinya Rya tak dapat melawannya.Tapi percayalah,selari Rya seperti yang Fiq kenal hari ini selagi itu Rya takkan terima abang Arzan semula.Rya terlalu terluka Fiq.”

“Fiq tahu,Fiq percaya Rya.”

“Tapi kenapa Fiq lakukan semua ni Fiq?”soal Rya tiba tiba.Selama ini bukan dia tidak tahu,Taufiq akan seboleh bolehnya mengelak dari berbicara soal Arzan.Semata mata kerana takut hatinya terguris.

“Selama ni Fiq akan mengelak bila berkaitan dengan abang Arzan.Kenapa Fiq?”soal Rya bertalu talu.Ada sesuatu yang disembunyikan lelaki didepannya itu.Ada sinar pudar yang dilindunginya.Seketika dilihatnya lelaki itu menarik nafas panjang sebelum membuka bicara.

“Fiq cinta kan Rya.Itu saja jawapan yang boleh Fiq beri pada Rya.Fiq tak mahu orang yang Fiq sayang menderita.”ujar Taufiq jujur.Satu satu kejujuran yang pernah dilihat Rya dari seorang lelaki.

“Fiq…”Rya menangis mendengar kata kata itu.

“Fiq tak kisah apa perasaan Rya pada Fiq.Apa yang penting Fiq cintakan Rya.Fiq tak mahu musnahkan perasaan Rya semata mata kebahagiaan Fiq.Fiq tak kisah semua tu.Apa yang penting bagi diri Fiq,adalah Rya.Kegembiraan Rya dan kebahagiaan Rya.Itu yang paling penting dalam hidup Fiq sekarang ni.

Percaya atau tidak,Fiq berani bertaruh yang sejak kali pertama bertemu Rya hati Fiq terpaut.Sejak itu hati Fiq berkata yang Fiq mula menyintai seorang gadis.Gadis ayu yang cekal.Fiq cintakan gadis yang sanggup berkorban demi kebahagiaan orang yang di sayanginya.

Fiq cintakan gadis yang begitu setia.Fiq cintakan seorang gadis yang begitu memahami.Dan gadis itu adalah Rya.Fiq tak boleh nafikan perasaan Fiq pada Rya. Sumpah,selama ni Fiq berusaha membuang semuanya.Tapi Fiq gagal.Fiq mahukan penjelasan dari Rya tentang Arzan kerana Fiq tak mahu buat Rya resah.Setelah Rya yakin dengan perasaan Rya pada Arzan,sebab itulah Fiq berani meluahkannya.Fiq tak mahu persahabatan kita rosak semata mata kerana perasaan Fiq pada Rya.

Andai Rya menolak sekali pun Fiq tak kisah.Hubungan kita tetap seperti dulu.Cuma Fiq mohon ampun dari Rya,Fiq tak mampu tanggung beban perasaan Fiq lagi. Tiap kali berhadapan dengan Rya hati Fiq begitu mendesak dan memberontak agar menyatakannya pada Rya.Jiwa Fiq memberontak untuk menyatakan perasaan Fiq.Bagi Fiq hanya Rya saja.Terus terang Fiq katakan Fiq tak kisah kalau Rya menolak.Fiq tetap sayangkan Rya.Fiq tak mahu hubungan kita rosak kerana sikap Fiq.”

Kedua tangan Rya di gengam erat.Ternyata Rya terkejut mendengar penjelasan yang tidak pernah dijangkakannya.Dia tidak bersedia untuk semua itu.

“Fiq..”air mata mengalir laju.“Rya…takut akan kecewakan Fiq nanti.”dengan esakkan yang menebal dia bersuara.

“Asalkan Rya beri peluang,Fiq akan bantu Rya lupakan Arzan.Fiq akan bantu Rya menyintai diri Fiq kalau itu yang Rya mahukan.”ujar Taufiq.

“Fiq…”serentak itu Rya memeluk Taufiq.Erat.Pelukkan itu cukup sebagai jawapan pada Taufiq.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home